Penyataan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) adalah :
“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan
ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”.
(Kementerian Pendidikan Malaysia 1988)
**
FPN dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (1996)
____________________________________________________
Huraian
FPK
1.Pendidikan satu usaha berterusan
•Pendidikan merupakan proses berterusan sepanjang hayat.
2. Memperkembangkan potensi individu
•Kebolehan yang dimiliki sejak dilahirkan perlu dicungkil, diperkembangkan dan dipertingkatkan secara berterusan – meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani yang merupakan anugerah Tuhan.
3. Menyeluruh dan Bersepadu
•Bakat dan kebolehan yang ada pada diri individu hendaklah dikembangkan secara optimum dan dilakukan secara bersepadu.
•Sahsiah yang sepadu apabila potensi diri dikembangkan secara menyeluruh.
4. Insan Yang Seimbang dan Harmonis
•Ia menjadi insan yang bersyukur, sedia menerima ujian dan cabaran dan berikhtiar menghadapi masalah, menikmati ketenangan jiwa, kesejahteraan diri, hubungan dengan orang lain, alam sekitar dan dengan Maha Pencipta.
4 Unsur Insan Yang Seimbang dan Harmonis:-
Unsur Intelek (tumpuan kpd daya berfikir)
•hikmah - ilmu yang boleh membawa kepada kebenaran
•daya pemikiran yang kreatif dan inovatif
•daya pemikiran yang logik dan analitis
•Ilmu yang bermanfaat
Unsur Jasmani
•kecergasan fizikal dan kesihatan diri
•dapat menggunakan anggota dan tenaga fizikal sendiri untuk berdikari dan hidup bermasyarakat
Unsur Emosi
•kemantapan jiwa
•Tingkahlaku terkawal
•Memiliki semangat muhibah, kerjasama, kekitaan dan perpaduan
•Mempunyai kemahiran menilai dan menghargai keindahan dan kesenian
Unsur Rohani
•Keyakinan terhadap Tuhan
•Kepercayaan beragama
•Membentuk akhlak yang mulia
5. Kepercayaan dan Kepatuhan Kepada Tuhan
•usaha ke arah melahirkan individu yang yakin bahawa manusia dan alam ada Penciptanya
•hukum-hukum alam adalah hukum Tuhan dan manusia dianjurkan mengkaji fenomena alam
•memikul amanah dan bertanggungjawab kepada Tuhan dalam mentadbir dan memakmurkan alam
6. Rakyat Malaysia yang Berilmu Pengetahuan
–sikap suka membaca serta cintakan ilmu pengetahuan
–menggunakan ilmu pengetahuan untuk manfaat diri dan orang lain
–menghayati prinsip pendidikan sepanjang hayat
7.Rakyat Malaysia yang berketrampilan
- berilmu pengetahuan dan berkelayakan yang sesuai dengan tugas yang dipertanggung-jawabkan
- mempunyai kemahiran yang sesuai dalam perlaksaan tugasnya.
- dapat menjalankan tugas dengan cekap dan sempurna.
8. Rakyat Malaysia yang Berakhlak Mulia
–memiliki tingkah laku yang sopan, berdisiplin dan bersepadu
–sifat mulia ini mesti berteraskan ilmu, keyakinan dan amalan
9. Rakyat Malaysia yang Bertanggungjawab
–berpegang teguh kepada amanah
–mempunyai tanggungjawab yang tinggi terhadap Tuhan, bangsa dan negara
–melaksanakan tugas dengan cekap, bersih dan amanah
10.Rakyat Malaysia yang Berkeupayaan Menikmati Kesejahteraan Diri
–memiliki jiwa yang damai dan tenteram untuk membolehkan setiap individu hidup dgn tenang
–memperkembang dan memanfaatkan seluruh potensi dirinya bagi memenuhi keperluannya sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara.
11. Rakyat Malaysia yang Dapat Memberi Sumbangan
–terlatih dalam pelbagai kemahiran bagi melahirkan tenaga manusia yang produktif, berinisiatif dan berinovatif untuk mentadbir alam
–mengguna teknologi dengan cekap bagi mempertingkatkan daya pengeluaran ke arah pembangunan negara
12. Keharmonian dan Kemakmuran Masyarakat dan Negara
–mengamalkan sikap toleransi di antara satu sama lain, bekerjasama, hormat-menghormati dan mencapai perpaduan kaum
–perpaduan menimbulkan keadaan yang aman, tenteram dan stabil
–suasana yang sihat dan positif membantu dan menjamin perkembangan ekonomi dan kemajuan di dalam semua bidang kehidupan
____________________________________________________
MATLAMAT PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Ke arah melahirkan insan yang baik, berdasarkan kepercayaan, keyakinan, serta kepatuhan kepada Tuhan. Insan yang sempurna memiliki dan menghayati ciri-ciri berikut:
•percaya kepada Tuhan
•berilmu pengetahuan
•berakhlak mulia
•bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara
•berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara
•memiliki sahsiah yang seimbang dan bersepadu
No comments:
Post a Comment